Assalaamualaikum...
Salam sejahtera, semoga semua sihat dan bahagia selalu...
Lama sungguh tak update blog ni, selepas berlalu sessi kesibukan musim buat kuih raya datang sessi open house, jalan sana jalan sini termasuk ke Bandar Seri Iskandar, Ipoh - kenduri kahwin sepupu suami ku. Minggu ketiga syawal pula datang tetamu tak diundang ... jangkitan demam selsema dan batuk yang terlampau...dalam 2 minggu juga lah ku melayan kokol terutama malam2 hari sedang orang lain enak tidur kecuali suami mungkin terganggu... maklumlah macam ku berperang punya lah bisingnya batuk bercampur2 bersin... ya ALLAH... ku diduga kali ini, baru lah dapat berehat2 tapi dalam keadaan tidak sihat. Disiang hari mata layu saja, baik sebelum minum ubat atau selepas... tak kira masa dah, golek sini golek sana... ahhh memang ku "dipaksa" berehat agaknya... selepas hampir 2 bulan berhempas pulas dengan projek biskut raya... Apa2 pun Alhamdulillah, syukur kepada Allah, apabila sihat selepas sakit barulah terasa ya amat betapa nikmatnya kesihatan yang Allah kurniakan selama ini...AKan tetapi..biasalah namanya manusia kan... ralat lah sikit sebab terpaksa menolak bbpa tempahan dan permintaan kelas.... astaghfirullah...Kalau ada rezeki tak kemana kan....InsyaAllah.
OKAY, SESIAPA BERMINAT UNTUK MENEMPAH SILA EMAIL/SMS SAYA SELEWAT2NYA SEMINGGU SEBELUM TARIKH PENGAMBILAN. HARGA WALNUT CARROT CAKE CREAM CHEESE TOPPING : RM65.00 PER RECIPE, CUPCAKE TOPPING BUTTERCREAM & FONDANT size 'M': RM65.00 - 16 PCS.