Monday, August 25, 2014

KELAS TART NENAS IBU DUIT - 1/9/2014.

Assalamualaikum.. selamat pagi Selasa yang cerah, tapi sejukkk... Alhamdulillah hujan dah turun selalu, suhu panas2 lembab gitu, InshaAllah tak de lah lagi catuan air kat Selangor kan...

KELAS TART NENAS MATAHARI & TART GULUNG

Sesiapa ingin belajar biskut ibu duit ini sila contact saya segera, masih ada seat lagi. Kenapa saya katakan ibu duit? Sebab rata2 orang suka Tart Nenas, yang tak pandai makan biskut2 moden pun bleh habis sebalang sekali hadap...hheheee. Contohnya pada hari2 biasa jiran saya order setiap 1 @ 2 minggu sekali 4 bekas. Itu baru satu jiran kalau sepuluh best kan... Musim Raya baru2 ini, salah seorang tester datang kitchen saya selepas kunyah satu tart matahari dengan penuh yakinnya beliau kata "Akak.., Sue nak order yang ni 100 bekas". Selepas hari raya tadi beliau terus order lagi 20 bekas untuk open house customer2nya pulak yang order. Itu baru sorang peminat kan..Syukur Alhamdulillah..  

Jadi kalau anda ingin pelajari resepi yang menguntungkan sila call/sms saya. 

Kelas saya tak ambil ramai supaya anda selesa semasa pembelajaran. Ada 2 orang memadai saya akan on kelas... InshaAllah.


Fees: Tart Matahari : RM100.00, Tart Gulung : RM100.00. 

Masa : 10.00 pagi hingga selesai. 
Tarikh : 1/9/2014. Hari Isnin. Bertempat di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor.
Kelas DIY. Seat masih ada lagi, sesiapa yang berminat boleh hubungi saya :
Puan Halijah : 016-6948366.

KELAS KEK DECO - BUTTERCREAM RIBBON ROSES

Assalamualaikum..

Anda peminat hiasan kek? Jika ingin menambah ilmu dalam deco kek untuk hantaran atau perkahwinan bleh call/sms saya untuk request kelas ye. Kelas saya dibuat atas permintaan, saya akan umum date sekiranya ada minima dua orang yang meminta untuk kelas ini. Puan Halijah : 016-6948366.



Sunday, August 24, 2014

MARBLE CHEESE BROWNIES

Assalamualaikum.

Selamat pagi Isnin yang cerah dan sejukkk.... smoga semua sihat & ceria hendaknya, dah berlalu musim jamu2an... Nasib baik tak dak Syawal2 ke..Syawal3 ke..Jenuh nak buka rumah smua...hhehee. 


Syukur Alhamdulillah masih sihat kita InshaAllah, walau pun dua bulan jugaklah sempat menternak lemak2 lembu, ayam, kambing pun ada .


Ok, Marble Cheese Brownies dah lama tak buat ni.... Jika ada yang request kelas Brownies saya akan masukkan dalam jadual kelas September ini..InshaAllah. Fees nanti kelak saya post bersama2 Brownies yang lain... tunggu ye sebab saya lebih suka dengan foto dari produk sendiri...jadi kena buat dulu, siapa yang tinggal dekat2 sini ada rezeki dia orang dapat free tasting.




Tuesday, August 19, 2014

30 HB OGOS (SABTU) - KELAS TART NENAS & TART GULUNG

Assalamualaikum..

Anda akan membawa pulang hasil pembelajaran anda sebalang kuih tart nenas matahari dan sebalang kuih tart gulung yang bernilai RM26.00 setiap satu.
Sesiapa ingin join kelas sila confirmkan segera.
Deposit RM50.00 akaun Maybank: 112317046430: Halijah Hashim.
Sila inform/sms saya : 016-6948366 selepas bank in. T. kasih.




Wednesday, August 13, 2014

KELAS TART MATAHARI & TART GULUNG

Assalamualaikum.





Ada yang minta kelas Tart Gulung dan Tart Matahari. Jadi saya buatkan satu hari untuk kedua2 kelas ini. Boleh juga ambil satu kelas berasingan. 
Permintaan bukan sahaja pada hari2 perayaan, hari2 biasa pun ada yang restock di rumah sebelum kehabisan dah order lagi dan lagi.

Fees: Tart Matahari : RM100.00, Tart Gulung : RM100.00. 
Masa : 10.00 pagi hingga selesai. 
Tarikh : 30/8/2014. Hari Sabtu.
Kelas DIY. Seat masih ada lagi, sesiapa yang berminat boleh hubungi saya :
Puan Ijah : 016-6948366.

Tuesday, August 12, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI-TERLAJAK SIBUK..

Assalamualaikum... Saya mohon ribuan kemaafan kerana lambat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. mujur baiklah masih sihat walafiat & diberi kesempatan dalam bulan Syawal 1435 lagi hari ni kan...

Panjang lah critanya sebab tertunda katakan... Apa2 pun layan sedikit foto sekut2 raya & selepas raya yang sempat saya ambil. Alhamdulillah syukur Ya Allah, tahun ini meningkat jualan saya w/pun ada kuih yang saya tak buat sample marketing tapi customer2 saya yang dah terbiasa nak juga, misalnya Tart gulung..hehhee.. ingat nak re[place  dgan Tart Matahari saja tapi kan... customer always right.. Ada2 je comment dia orang cakap Tart nenas gulung saya juicy jem dia dan kulit dia tak melekat2 atas lelangit.. lemak dia seckup rasa..

Ewah kecik hati orang baru...Tart Nenas Matahari.. tapi ramaaaii juga yang suka had ni.. dia orang kata bila makan kunyah sikit2 dah cair dimulut. Apa2 pun saya terima comment customer yang dikasihi, baik buruk InshaAllah saya kekalkan resepinya dan terima kasih smua yang sudi order dari saya, anda sentiasa dekat di hati..




Tuesday, May 6, 2014

PENGUMUMAN-KELAS CREAMPUFF - 17 MEI, 2014 BUKAN 13 MEI

Assalamualaikum..

Maaf ye tarikh 13 Mei di tukar kepada 17 Mei 2014, Sabtu .. Jam tetap serupa. Kalau sesiapa nak blaja Creampuff yang terlajak sedap...bleh contact Kak ijah. T. kasih..

KELAS CREAMPUFF -13 MEI, 2014

Assalamualaikum..




INSHA ALLAH -KELAS CREAM PUFF - (CUTI HARI WESAK) SELASA 13 MEI, 2014. JAM 10.30AM - 1.30PM. 
FEES : RM 80.00.
Saya buat kelas produk2 yang banyak mendapat order untuk makan hari2 atau untuk acara2 keramaian.

Saya bagi dua resepi: i) Resepi mewah ii) Resepi bajet.

Siapa berminat bleh contact : 016-6948366 - Kak Ijah..Terima kasih.


Monday, May 5, 2014

KELAS PERSONAL - 3 MEI

Assalamualaikum..

Peminat Tart Nenas dari Kuching..kelas personal belajar tart matahari, tart gulung & buat jem nenas handmade. Terima kasih Dianna datang dari jauh.. naik flight pagi2, habis kelas kira2 jam 2.30 petang ambil teksi terus ke klia semula. Balik nak jadi usahawan tart nenas di Sarawak katanya..In sha Allah.




KELAS 1 MEI

Assalamualaikum...

Kelas Blueberry Cheese Tart pada 1hb Mei. Terima kasih Azira dari Shah Alam, Rin & Lina dari kejiranan taman pinggiran..Sempoi sungguh tempat belajar kan... tikar jerami & kalender kuda pun ada.hehehee..

Dia orang ni happy je semasa sessi menimba ilmu sambil buat kenalan baru. Maaf & minta halal terkurang terlebih ye. Okay lah.. In sha Allah panjang umur jumpa lagi dalam kelas yang lain pula.


Monday, April 28, 2014

KELAS BLUEBERRY CHEESE TART & FRUIT TART

Assalamualaikum... Selamat pagi yang ceria.

Khamis esok lusa 1 Mei cuti  Hari Buruh kan.  InshaAllah Kak Ijah akan mengadakan kelas Blueberry Cheese Tart & Fruit Tart pada hari Khamis 1 Mei jam 10.30 am-1.00 pm. Ini produk evergreen hari2 orang nak makan sebab rasa yang mewah tu. Contact: 016-6948366 Kak Ijah@ Mak Ngah. Fees RM80.00.  

Booked:
1) Azira
2) Lina
3) Reen
4)  







Saturday, April 26, 2014

KELAS DIY-TART NENAS MATAHARI-SABTU 3 MEI

Assalamualaikum..
Alhamdulillah selesai sudah kelas Tart Nenas matahari tadi 26 April, 2014 dengan dihadiri oleh Azira dari Shah Alam dan Lina yang tinggal di kejiranan-area sini2 je..peramah betul dia orang ni, saya pulak sibuk berceloteh sedar2 dah tak de pun teringat nak ambil foto.. Hehehee tak apa, Insha Allah datang lagi ke sini untuk kelas lain pula bleh ambil foto ye... Apa2 pun terima kasih pada mereka sudi datang blajar dengan saya.

MAKLUMAN: KELAS DIY akan diadakan pada 3 Mei, 2014- Sabtu Fees:  RM200.00. Maksimum hanya 3 orang saja. Kelas ini saya perlukan deposit ye- RM100.00. Selepas dah sure nak join, contact saya nanti bagi No. Akaun. 

Sebenarnya ada request dari seorang dari Sarawak yang berminat untuk berniaga, In sha Allah memang boleh sangat lah... mudah2an rezeki datang melimpah ruah kelak.

Anda nanti ditunjukan cara membuat Tart Nenas Matahari, Tart Gulung dan Jem Homemade. Pentingnya untuk tahu membuat jem homemade ni manalah tahu terdesak kat area kita tak ada stok dekat kedai jem beli yang kita minat tu dah habis, sedangkan kat pasar banyak jual nenas.. so kita kacau sendiri lah ye..   

Sila inform saya selewat2nya Jumaat- 2 Mei, 2014. Contact 016-6948366 - Kak ijah@ Mak Ngah. (Dapat satu lagi title..hehheee..)

Thursday, April 17, 2014

KELAS TART NENAS MATAHARI

ASSALAMUALAIKUM...


In sha Allah saya akan buat semula kelas menghias kek dan membuat cookies raya. Dah lama saya tak dapat memfokus kepada perkara yang menjadi minat dan keutamaan saya sekarang. Mengenai Tart nenas ni sudah beberapa kali R & D dibuat untuk mendapat resepi tersedap semampu yang boleh...Alhamdulillah customer selalu buat repeat order.

Sesiapa yang nak join kena inform saya paling lewat 2 hari sebelum kelas, kalau nak walk in boleh tapi seat terhad...

KELAS TART NENAS MATAHARI - 26 April, 2014 (Sabtu)-Jam 10.30 pagi-1.30 tgahari.
Fees RM100.00. Kelas semi hands-on praktis buat di sini dan kelak bawa pulang sebekas tart bernilai RM25.00 bleh buat sample untuk tempahan harian & Raya tak lama lagi ye. 016-6948366 - Kak ijah.





Monday, April 7, 2014

CARTOON ARTWORK & RIBBON ROSES 6 APRIL, 2014

Assalamualaikum..Lamanya saya tak bersiaran kenapa ye..? Sibuk dengan tempahan? Jenjalan..ahh mcam tak serious. Eh tak lah gitu..Kadang2 kita sbgai manusia kan.. ada perkara lain perlu komitmen dan sebagainya. Urusan seharian tetap berjalan walau kini kita sbgai manusia yang punya perasaan masih berkongsi rasa sedih dengan kehilangan pesawat MAS HM370 yang hilang genap sebulan...begitu sekali kah? Hanya Allah S.W.T. sahaja yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui apa yang tersirat disebalik yang tersurat... Allahu Akhbar!!!

Ok, semenjak akhir2 ini lama nian saya tidak berkarya. Rindu pula nak menghasilkan sesuatu yang indah dan ceria.. Saya suka upgrade kebolehan dengan mengikuti kelas2 berbayar dengan itu apa2 ilmu yang saya punyai kini akan saya tambahnilai di sana sini kelak. In sha Allah.






Wednesday, January 15, 2014

KELAS CHEESE TART & FRUIT TART - 14 JANUARI, 2014

Assalamualaikum..

Kelas kali ini dihadiri oleh 2 orang wanita ayu sweet2 teller dari BSN - Rozita & Zizie. 

Lupalah tempat BSN tu apa namanya sebab area baru muncul kan...tu pun rezeki kami dipertemukan Allah sewaktu saya nak renew SSM. Dari Putrajaya sebenarnya saya dan hubby ramai norrr orang kat sana kami larikan diri ke .... tempat tu lah  kan. Nanti saya check nama dia noooo..hehehee.

Apa2 pun dia orang ni enjoy w/pun datang belajar 2 orang riuh mcam 5 orang, nak nak Zizie tu selalu suspen nak tahu kaedahnya lepas ni jadi lagu mana, baru sat saya nak explain dia dah tanya... banyak betul idea dia almaklum lah kan tak lama lagi bakal bergelar isteri.. In sha Allah mudah2an dipertemukan jodoh orang yang baik2...Amiiinnn..

Rozita pun ada kreativinya nampak aje senyap, senyum2 masa belajar tapi masa buat hands on bersungguh2 gitu. Kelas demo saya kerap kali jadi kelas hands on sebab tak ramai yang datang, mungkin belum ramai yang tahu kan...

SAya harap dia orang rajin2 praktis & boleh buat jualan ke, hidangan keluarga ke, buat hantaran pun ok sesangat tau!!! 



Okay, foto kat bawah ni ialah kelas sebelumnya, gadis comel Aini memula suka2 tolong saya kat bakeri buat2 muffin & apa aje lah yang boleh ditolong, last2 mama dia kata Aini nak beljar sebab minat buat2 kuih ni lah kan...




Okay, sesiapa berminat nak join kelas creampuff & eclairs atau Cheese Tart & Fruit Tart - 17 Januari cuti hari Taipusam esok boleh segera sms/email - eijahashim@yahoo.com sebelum jam 5 petang sebab saya kena prepare bahan2 ye..

ORDER - KARIPAF 500 PCS.

 Assalamualaikum, Salam Maulidur Rasul..


Perbanyakkanlah selawat ke atas Junjungan Besar NAbi Muhammad S.A.W.






Rasanya kuih karipaf lah yang paling senang di dunia...makan ke dibuat ke, merata2 tmpat gerai kuih jualan mesti ada karipaf..dah macam ibu kuih kat Malaya ni .. tapi kalau setahun tak sekali mmbuatnya kalut jugak buat R&D sebelum start projek tu..Alhamdulillah dah lepas tanggungjawab di atas batu jemala patik.. 500 pcs untuk door gift sambutan Maulidur Rasul baru2 ni.

Monday, December 30, 2013

KELAS KAK IJAH - BERMULA JANUARI, 2014

Assalamualaikum.. 

Setelah berehat panjang dari membuat kelas baking dan deko, saya, Kak Ijah akan membuka ruang bagi anda tak kiralah anda suri rumah yang tak bekerja ofis tu, yang bekerja sendiri atau  yang beginners, asal berminat boleh datang belajar dengan saya. 

Melalui pengalaman terdahulu, saya memilih resepi2 yang senang dan sedap dan boleh buat jualan atau untuk juadah sekeluarga. Ura2 harga barang2 bakeri dah nak naik tahun depan (esok la tu), dah la memang mahal semuanya, tapi saya menimbang dan memilih untuk mengambil yuran yang berpatutan sesangat tau..

Bukan semua yang kita belajar terus dipraktikkan, kekadang tu diperap dulu sampai tak masak2 barulah dijenguk semula dan barulah nak mula buat kan.. Kali ini biarlah resepi2 yang InshaAllah, senang dan sedaaappp sangat tu kita terus buat dan bagi adik beradik kita, kawan2, jiran2 kita rasa - dah jadi satu cara marketing dah tu... Niat dalam hati mudah2an dengan asbab itu Allah datangkanlah rezeki kita dari sumber yang halal, yang banyak dan melimpah ruah...Amiinnn.

Panjang pulak celoteh hari terakhir 2013 ni ... Ye lah esok tahun baru biarlah kita corakkan sebagai tahun bekerja dan memohon barokah dari NYA Yang Maha Pemberi Rezeki- work hard and smart ... 

Okay, sila lihat jadual di bawah ini dan terma/syaratnya sekali, bukan untuk kesenangan saya saja ye.. untuk anda yang datang belajar juga.. Misalannya ada yang kena yuran deposit 50% adalah pertama: tanda commitment anda untuk datang; kedua: persediaan makan/minum, salinan resepi dan tempat duduk yang terhad.. nak duduk bersila boleh juga ..hehhee..gurau ja..

LOKASI KELAS : Premis saya di depan Pasar Malam, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan-Selangor. (Dekat sangat dengan Restoran Papa Jooo dan Port Aroma)... dan Klinik Jameaton..



KELAS CHEESE TART & FRUIT TART.
 
Sabtu-11 Jan. 2014  
Selasa -14 Jan. 2014 - 1). ROZITA 2). ZIZIE 3). 
Masa : Jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari/selesai.

Anda akan belajar:

1) Membuat pastry, filling Cream cheese dan inti Blueberry dan satu lagi;
2) Membuat/memasak filling custard dan 2 cara menghias fruits di atasnya.
3) Belajar secara demo dan semi/separuh-hands on.. anda kena cuba juga masa kelas-ala2 DIY, kalau nak tanya apa2 senang ye.

Yuran : RM80.00. Sila sms 016-6948366 - Kak Ijah : nama penuh dan tarikh  mana anda pilih secepat mungkin dan selewat2nya 2 hari sebelum tarikh kelas. 

Minimum 2 orang pelajar, kalau sorang saja nak pada tarikh itu terpaksa saya cansel tetapi boleh combine ke hari lain ye. 

Hasil kerja boleh dibawa balik.

KELAS CREAMPUFF & ECLAIRS
Ahad-12 Jan. 2014 
Jumaat-17 Jan. 2014
Masa :  Jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari/selesai. 

Yuran : RM80.00. Sila sms  016-6948366 - Kak Ijah : nama penuh dan tarikh  mana anda pilih secepat mungkin dan selewat2nya 2 hari sebelum tarikh kelas. 

Minimum 2 orang pelajar, kalau sorang saja nak pada tarikh itu terpaksa saya cansel tetapi boleh combine ke hari lain ye. 

Hasil kerja boleh dibawa balik. Percuma..

Sekian terima kasih dan jumpa lagi. In sha Allah.



Wednesday, December 4, 2013

ORDER-MIRA DARI KOTA KINABALU


Assalamualaikum...

Walaupun cuaca muram, langit kelat dan masam sejak beberapa hari lalu dimana negeri2 di Pantai Timur terjejas teruk, banjir menenggelamkan kedai2, rumah2 kediaman dan kenderaan yang terletak di tanah rendah dan banyak lagi, namun hari ini agak panas dan cerah elok untuk jemuran dan sesiapa yang keluar di perjalanan.

Kali ini layan foto tempahan 180 pack Rich Chocolate Cake yang menjadi pilihan keluarga Mira hingga sanggup susah payah membawa/mengangkut dari premise saya ke KK. Terima kasih Mira..

Monday, December 2, 2013

ORDER-RICH CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum..

Layan foto2 produk saya tapi tak jelas kan, sebab ambil laju2 tak ejas dah...hehhee.

Bermula beberapa bekas sejak Mac 2013, kini semakin digemari customer2 saya yang pernah mencuba buat pertama kali. Sebenarnya resepi kek coklat ini adalah dari kelas2 berbayar yang saya hadiri sejak tahun 2007
dan melalui proses R & D saya, barulah saya on membuka untuk tempahan dan pasaran kedai2 sekitar. Walaupun belum mempunyai jenama saya ingin memberi yang terbaik buat customer2 citarasa yang berbeza...