Monday, December 30, 2013

KELAS KAK IJAH - BERMULA JANUARI, 2014

Assalamualaikum.. 

Setelah berehat panjang dari membuat kelas baking dan deko, saya, Kak Ijah akan membuka ruang bagi anda tak kiralah anda suri rumah yang tak bekerja ofis tu, yang bekerja sendiri atau  yang beginners, asal berminat boleh datang belajar dengan saya. 

Melalui pengalaman terdahulu, saya memilih resepi2 yang senang dan sedap dan boleh buat jualan atau untuk juadah sekeluarga. Ura2 harga barang2 bakeri dah nak naik tahun depan (esok la tu), dah la memang mahal semuanya, tapi saya menimbang dan memilih untuk mengambil yuran yang berpatutan sesangat tau..

Bukan semua yang kita belajar terus dipraktikkan, kekadang tu diperap dulu sampai tak masak2 barulah dijenguk semula dan barulah nak mula buat kan.. Kali ini biarlah resepi2 yang InshaAllah, senang dan sedaaappp sangat tu kita terus buat dan bagi adik beradik kita, kawan2, jiran2 kita rasa - dah jadi satu cara marketing dah tu... Niat dalam hati mudah2an dengan asbab itu Allah datangkanlah rezeki kita dari sumber yang halal, yang banyak dan melimpah ruah...Amiinnn.

Panjang pulak celoteh hari terakhir 2013 ni ... Ye lah esok tahun baru biarlah kita corakkan sebagai tahun bekerja dan memohon barokah dari NYA Yang Maha Pemberi Rezeki- work hard and smart ... 

Okay, sila lihat jadual di bawah ini dan terma/syaratnya sekali, bukan untuk kesenangan saya saja ye.. untuk anda yang datang belajar juga.. Misalannya ada yang kena yuran deposit 50% adalah pertama: tanda commitment anda untuk datang; kedua: persediaan makan/minum, salinan resepi dan tempat duduk yang terhad.. nak duduk bersila boleh juga ..hehhee..gurau ja..

LOKASI KELAS : Premis saya di depan Pasar Malam, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan-Selangor. (Dekat sangat dengan Restoran Papa Jooo dan Port Aroma)... dan Klinik Jameaton..



KELAS CHEESE TART & FRUIT TART.
 
Sabtu-11 Jan. 2014  
Selasa -14 Jan. 2014 - 1). ROZITA 2). ZIZIE 3). 
Masa : Jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari/selesai.

Anda akan belajar:

1) Membuat pastry, filling Cream cheese dan inti Blueberry dan satu lagi;
2) Membuat/memasak filling custard dan 2 cara menghias fruits di atasnya.
3) Belajar secara demo dan semi/separuh-hands on.. anda kena cuba juga masa kelas-ala2 DIY, kalau nak tanya apa2 senang ye.

Yuran : RM80.00. Sila sms 016-6948366 - Kak Ijah : nama penuh dan tarikh  mana anda pilih secepat mungkin dan selewat2nya 2 hari sebelum tarikh kelas. 

Minimum 2 orang pelajar, kalau sorang saja nak pada tarikh itu terpaksa saya cansel tetapi boleh combine ke hari lain ye. 

Hasil kerja boleh dibawa balik.

KELAS CREAMPUFF & ECLAIRS
Ahad-12 Jan. 2014 
Jumaat-17 Jan. 2014
Masa :  Jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari/selesai. 

Yuran : RM80.00. Sila sms  016-6948366 - Kak Ijah : nama penuh dan tarikh  mana anda pilih secepat mungkin dan selewat2nya 2 hari sebelum tarikh kelas. 

Minimum 2 orang pelajar, kalau sorang saja nak pada tarikh itu terpaksa saya cansel tetapi boleh combine ke hari lain ye. 

Hasil kerja boleh dibawa balik. Percuma..

Sekian terima kasih dan jumpa lagi. In sha Allah.