Tuesday, January 3, 2012

CHOCOLATE MOIST CAKE-ARTWORK



Alhamdulillah... Selamat Tahun Baru 2012 dan Happy Birthday kepada yg menyambutnya hari ini...

Terima kasih kepada Rosha Yatie ... peminat setia pasukan bola Liverpool. Kata beliau, satu famili satu hati ... suami dan anak2 beliau pun peminat setia ... ye la orang muda2 lah katakan ye tak? Walau apa pun saya bersyukur kerana dimalam sambutan tahun baru ni,saya cool je w/pun jenuh fikir2 macamana nak apply lukisan secara copy paste yg selalu bakers lain buat untuk kartun tu lah kan....cuba buat bbrapa kali rupanya tak sesuai lah, tak menjadi. Apa lagi saya pun guna "senjata" terakhir saya ... ehehehe... Ye lah, dah pkul 3 pagi kan, syukur Alhamdulillah mujur tak mengantuk sangat, lagi pun mood tahun baru kan... bbrapa jam tadinya punyalah bingit mercun, bunga api, mengalahkan Raya Cina ...dentum dentam mcam bunyi meriam kat sini.

Akhirnya dalam pkul 5 pagi siaplah saya melukis secara free hand, ketar takut kalau2 tak betul adjustment atas kek tu... Alhamdulillah.... lama tak cuba "kerastangan" seronok pulak dah termula dengan pipping gel yang berwarna-warni... sehari suntuk Rosha tak belah kek ni... sebab nak menikmati pemandangan padang bola kat London ... saya gurau je..hehehhee...sayang nak makan dia kata...