Terima kasih Intan kerana sudi menempah ... kiranya ini my 1st baby - 2 tiers fondant cake...ffeewww......semasa pasang bunga "hand-made" saya tu, kat luar rumah saya hujan ya Rabbi. Haba lembap telah membuat fondant berkilat2 dan ada bunga2 yang saya buat 2,3 hari lepas kelihatan agak mencair ....aduuhai.. tetapi walau apa2 pun, syukur Alhamdulillah ... kek first tier 9" D x 4" H - Orange Moist Cake dan kek 2nd tier 7" D x 4" H - Chocolate Moist Cake diberitahu kemudiannya kepada saya sangat cepat habisnya ada yang tak sempat merasa. Hahaa..len kali order yang besar sket ya, so semua leh rasa.
Semasa menghantar kek ini, emak saya datang kerumah... saya bawa sekali dia dimalam berinai rumah pengantin perempuan... layanan keluarga pengantin mesra sekali, terima kasih... cantik hiasan pelamin, khemah dan bunga2 semua bertemakan warna putih-merah. Selamat Pengantin Baru semoga bahagia hingga ke syurga...