Assalaamualaikum ...selamat bercuti bagi yang bergelar guru dan pelajar sekolah dan semoga sihat dan berbahagia kepada semua pengunjung yng dihormati.
Ingin saya memberitahu di sini bahawa ada sedikit perubahan harga pada kelas dan bebrapa produk IHMB berkuatkuasa 1hb Disember, 2011... Percayalah bukan saya sesuka hati ingin menambah2 tanpa mengira faktor2 semasa tetapi kalau ditinjau2 dan dibandingkan dengan lain2 bakery, harga baru ini masih ditahap mampu. Memandangkan harga barang mentah dan bahan api kini naik melambung, contohnya bahan mentah seperti Keju Philadelphia, sebelum puasa RM43 ++ 2.5 kg selepas raya RM53++... itu baru satu contoh keju gred biasa, belum harga koko serbuk, gula icing, gula kastor dan macam2 lagi komponen2nya yang lain...aduuuhai..
Diharap sesiapa yang ingin join kelas saya atau yang ingin menempah produk dari saya akan berpuas hati dan kelak dapat meneruskan usaha2 kita demi menjamu selera keluarga dengan air tangan kita atau memulakan perniagaan kerana pasaran dikalangan orang kita adalah sangat luas. InsyaAllah.