Thursday, June 21, 2012

UMRAH 1

Assalaamualaikum semua... bersambung.. (6 Ramadhan, 1433...6.50 ptang) Hhmmm...hari ini dah masuk hari ke 6 umat Islam berpuasa Ramadhan.. terasa lama sangat saya mengabaikan blog ini gara2 berfesbuk..nak kata peminat tegar tu tidaklah... cuma masa dah trbahagi dua.. menjelajah cuci mata sambil menambah ilmu dunia akhirat...yg mana sempat dikutip. Oleh kerana tempahan cookies raya belum trlalu sibuk dan dah ada dua orang pembantu jadi saya ada masa rihat utk menulis lagi sedikit luahan hati di sini.. Ramadhan kali ini serasa amat tenang sekali meskipun ini tahun kelapan saya mengambil tempahan kuih2 raya tidak sekelam-kelibut macam tahun2 sudah...saya mula menghantar sample2 kuih pun kira2 seminggu sebelum puasa, kalau dulu2 tu itu adalah tarikh tutup oder dah. Alhamdulillah, sambil2 tu tempahan untuk makan sebelum Ramadhan dah masuk, mereka dah biasa dengan cookies saya. Sesekali terbangun 2.30 subuh menonton siaran langsung solat Tarawih dari Mekah, masih terngiang2 perasaan yang syahdu, sangat indah semasa mengerjakan Umrah ketika mana suatu hari selesai tawaf sunat keliling Kaabah yg ke7, para tentera pengawal dah menutup ruangan untuk membolehkan jemaah mengerjakan solat Maghrib. Mujur2lah saya sempat melintasi garisan selari dengan lampu hijau, terus berjalan menuju masuk ke dalam mesjid dan mendapatkan emak yang menunggu dekat2 dengan pintu no. 89...baru beberapa langkah saya beredar dari perkarangan/dataran Kaabah, terdengar laungan azan yang bergema... dari atas kepala saya... yang selama ini hanya didengar dari kejauhan melalaui siaran tv dan sebagainya. Bergegar jantung hati saya dengan airmata mula mengalir, kalaulah tak rasa malu nak saja saya berhenti sekejap menangis sepuas2 hati di situ...Ya Allah terasa sangat bertuah telinga anugerah Mu ini mendapat tiupan yang bersemangat secara dekat, secara live...saya pendam segala rasa itu menjadi bekal balik ke tanah air... Semasa berbuka dengan juadah pelbagai bersama suami dan emak yang kebetulan ada di rumah, kami mengenang2 suasana orang2 Islam, saudara2 kita di tempat/negara lain yang tak tentu makan minum, hidup segan mati tak mahu...bukan semua dapat menikmati kehidupan seperti di negara kita... Mudah2an Allah sentiasa memberi pertolongan dan meringankan bebanan yang tiada tertanggung itu...Allah Maha Kaya... Maha Pemurah lagi Mengasihani... kepadaNya lah seharusnya kita memohon pertolongan...Selamat berbuka puasa...dan menjalani ibadah dibulan Ramadhan yang penuh barakah. Assalaamualaikum...