Monday, June 11, 2012

UMRAH Mei, 2012

Assalaamualaikum semua ... Syukur kehadhrat Illahi yang Maha Kaya, agak lama saya nak menyiapkn entry yang istimewa bagi saya dimana inilah kali pertama bagi insan kerdil ini berpeluang menjadi tetamu Allah bagi menunaikan ibadah Umrah.Disebabkan keadaan kesihatan yang tak begitu baik, sehari selepas balik ke rumah saya kena demam panas & selsema kemudian batuk yang berbekal sebelum bertolak mengerjakan ibadat Umrah semakin teruk dan menyakitkan...apa2 pun Alhamdulillah, segalanya telah selamat baik dalam perjalanan mahupun semasa di tanah suci Mekah dan Madinah...Undang2 melarang membawa kamera & handphone begitu ketat di sana... pernah sekali semasa menyelok beg kecil saya security wanita yg bertutup litup muka berjubah hitam menarik keluar kamera saya tetapi Alhamdulillah beliau meletak kembali tanpa berkata apa2... masa tu rasa kering darah saya hanya kepada Allah saya menyerah nasib... banyak foto2 untuk kenangan saya di tanah suci untuk tatapan peribadi dan ada yg boleh saya share untuk semua. Emak saya sedang beriktikaf dalam Masjidil Haram pun saya snap dari celah telekung saya..Pernah juga dikatakan kamera yg sedang merakam suasana sekitar dataran Kaabah dihempas pengawal macam tu saja... kena pandai2 la snap curi2... masalahnya tak tahu siapa yg sedang memerhati gelagat kita...memang tak tahan kalau tak ambil foto yg sangat indah dan syahdu di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi...senang cakap, kalau ada kelebihan & kemampuan elok kita cepat2 ke Mekah menunaikan Haji (afdhalnya) dan Umrah sementara tenaga masih kuat ... alamilah sendiri kerendahan hati dan sebaknya perasaan bercampur baur mencari keredhaan Illahi, baru berpisah dah rindu kalau dekat teringin nak lama2 kat sana. Sewaktu ingin melelapkan mata saya singkap langsir bilik hotel dan trnampak puncak menara jam yang indah sekali terutama waktu malam... siangnya tukar warna putih saja...tak mau lepaskan peluang sambil berzikir itu lah halua mata saya waktu malam...kekadang ada sekilas rindu ngan cik Abang jauh diseberang lautan..pulak dah...hehhe. Emak saya kata yang datang Umrah cuti sekolah atau bulan Ramadhan adakalanya lebih ramai dari jemaah Haji sebab tiadanya kuota keatas sesebuah negara... terbuka kepada sesiapa, dan bila2 masa saja. W/pun ada yang tolak menolak, masing2 ada ruang laluan sendiri Allah sediakan...Allah kan Maha Kaya. Satu lagi yang pernah heboh2 dulu sebab dlam foto ada bubbles yang muncul, dari segi saintifiknya apa puncanya ye? Yang ini saya ambil foto waktu balik solat Isya' dalam samar2 dicelah2 kedai yang bakal diruntuhkan kami jemaah berjalan dengan aman beramai2. Sebenarnya ada bbpa lagi foto kat sana yang ada bubbles ... masa ambil tak nampak semua tu dengan mata kasar... MasyaAllah...pesat ya amat proses pembinaan semula di sekeliling Masjidil Haram... emak & kak long yang pernah bbpa kali ke sana kata dah tak ada kemeriahan macam dulu, penuh dengan kedai2 dan banyak kemudahan2 makan minum dan sebgainya ...sekarang korek mengorek, bangunan yang kira masih teguh dalam masa pergi solat masih ada tapi bila balik dan jadi serbuk menggunung...kena siap bertopeng lah kita mengelak tersedut habuk jerubu...itu pun selsema saya yg bekal dari Malaysia masih on lagi sesekali saya nampak darah dari hidung, seumur hidup tak pernah alami tapi apa2 pun kena redha je lah dugaan dariNya memandangkan niat benar2 untuk beribadah, mengenali diri, berserah nasib bulat2 padaNya, panas dan ketidakselesaan tu ketepikan saja sambil banyak bersabar jadi hati sentiasa berbunga2 bahagia. Sessi ziarah. Perigi Zam Zam sudah ditutup dan pagarnya sudah menjadi hak muzium yg tinggal cuma sedikit tanda, tak semua yg perasan. Tapi jangan bimbang, di mana2 saja baik dlam masjid atau keliling berdekatan telah diletakkan bekas2 muadahalih berisi air Zam Zam ada yang sejuk, ada yang biasa... kalau panas sangat berjalan kat luar masjid saya pedap2/tepuk2 air Zam Zam di muka...Subhanallah... seluruh badan terasa sejuknya macam dalam aircond tiba2...Maha Kaya Allah...Syukur atas nikmat anugerahNya. Jabal Rahmah - Demi menghayati cinta Ibu Hawa dan Bapa Adam kita saya gagahi juga memanjat bukit ini ditengah2 terik tengahari menyusuri celah2 bongkahan batu, agak bahaya tapi puas hati rasanya... ha dah lama tak exercise dan atas faktor2 keselamatan saya turun pakai tangga hehhe.. almaklumlah dikatakan mereka terpisah selama 200 tahun hidup sebatang kara sendirian sebagai manusia pertama dimuka bumi ini... tak terbayang betapa sunyinya dikala itu...Allah saja yang Maha Mengasihani... Masjid Quba' yang merupakan masjid pertama dlm sejarah Islam yang didirikan oleh junjungan besar kita Rasulullah S.A.W... di sinilah Saidina Bilal bin Rabbah melaungkan azan yg pertama sehingga bergegar langit Arasy ketika itu-begitulah saya yg cetek ilmu ini fahami... Subhanallah... selain Tahiyatul Masjid, saya sempat solat sunat Dhuha di sini...Singgah di perkarangan Bukit Uhud dapat mengintai dari celah pagar maqam tentera2 Islam sahabat Nabi S.A.W...para Syuhada' termasuk Saidina Hamzah.. yg gugur dimedan peperangan Uhud...AlFatihah. Ramai yang smpai puncak Bukit Pemanah, saya separuh jalan dah angkat bendera putih, kalah dengan panahan cahaya terik tengahari yang mencecah 49 degrees Celcius... macamanalah nak bandingkan dengan kekuatan iman, jiwa raga umat Muhammad S.A.W. ketika itu..jauh sangat rasanya. Gua Thur tempat persembunyian Rasulullah bersama2 Saiyidina Abu Bakar dan Umar Alkhattab selama 3 hari 3 malam tak sempat saya singgah cuma ambil foto dari jauh. Begitu juga Jabbal Nur yang terdapat Gua Hira' tempat Rasulullah bersendirian mencari2 cahaya Illahi dan turunnya Ayat suci AlQuran yang pertama. Mudah2an len kali kami berpeluang ke sana ...InsyaAllah. Ladang unta - mcam pameran minum susu lah kan...anak unta hisap, kami pun minum tapi susu perah. Sebotol 5 Rial. Dapat minum 2 botol.. fresh, sedapnya maklum la kan dekat dengan emak dia tu... KAt sana pun ada R & R tapi jangan aspect mcam yang ada kat sini lah kan...tiada penyelenggaraan toilet terbiar... emak saya kata itu pun nasib dah ada disediakan paip air kalau zaman dulu2 tu pandai2 sendiri lah...entah lah ye mungkin dia orang yang anggap kita semua ke sana adalah para musafir yang datang semata2 untuk ziarah dan beribadat, bukan nak melancung santai bagai. Ada juga kedai2 kecil, ada bilik solat disediakan berkarpet tetapi yang kami singgah untuk solat Zuhur hari tu kipas dan aircond dah tak berfunsi... pertama kali turun dari bas dalam prjalanan dari Jeddah ke Madinah, saya mula terasa kepanasan suhu tengahari membahang..brau brau menyapu muka... dalam hati "Oh macam ni rupanya yang orang kata selama ni, baru tahu rasanya." Melihat pada batu2 kerikil dan bumi tandus beratus2 kilomater...kekadang mencapai lebih 50 degrees celcius terkedu saya, bagaimanakah Saiyidina Bilal bin Rabbah begitu kukuh keimanan beliau semasa digilis dengan batu besar ditengah panas begitu... tabahnya orang2 Arab tinggal di sana selama ini...Apa2pun mudah2an "R & R" kat sana tu semua nanti dinaik taraf sedikit... terutama kemudahan toilet dan solat... Insya Allah. Anak buah, Muhamad Faiz Hadzmi..baru 15 tahun tapi gigihnya dia kalah jemaah yg lain...smasa di Madinah suatu malam dlam jam 1.30 subuh, dia dah bangun... siap ke masjid. Risau saya, waktu solat Subuh lama lagi, jam 4 lebih... tapi dia kata ada yg dah pergi waktu mcam tu... dia nak dapatkan saf pertama. Dlam dewan makan pagi hari tu saya tanya dapat ke dia saf pertama ..."Dapat, tapi Faiz kena halau tentera sebab ada orang VIP datang solat. Faiz kena undur saf kedua"...??? HHmmm... mcam tu ka??? Kesian saya tengok muka budak ni yang selamba ...hajat nak jadi tetamu VIP Allah subuh tu terhalang. Saya, 2 dinda2 saya dan anak buah sempat buat revision kat tmpat penginapan di MAdinah sebelum berangkat ke Mekah... mula2 emak jadi cikgu..lelama Yang Sapuan pulak buat presentation...tu lah, selagi tak hadhirkan diri selagi tu lah kita masih tertanya2, macam senang tapi ada disiplin2 tertentu dalam jangkawaktu tertentu, ada kita kena buat dan ada yang tidak boleh dibuat...kalau buat atau terbuat sekalipun kena bayar dam....hhhmmmm kena belajar agama lagi lah saya ni... Ya Allah.. kenapalah dah tua2 ni baru dapat menyahut seruan Baitullah...aduuhaiii rugi sungguh rasanya. Sesiapa yang berkemampuan atau yang berusaha ke arah itu, pergi lah ke sana cepat ye. InsyaAllah Allah akan permudahkan. Mesjid Terapung-berhampiran Lapangan terbang Jeddah, boleh makan bekalan kat sini. Ada wakaf2 disediakan, banyak burung2 camar berterbangan... Panjang lebar dah tulis kat sini... ini pun baru baik demam panas selsema dan batuk yang agak teruk...jumpa ngan doktor la jawapnya, baru beransur pulih. Ramai yang menghantar sebelum berangkat...saya jarang pisah ngan Abang. Nampak tak sedih ... gelak aje la konon... Seramnya..lemah kepala lutut saya nak naik kapalterbang teringat macam nak masuk darjah satu dulu2. Takkan nak patah balik rumah kan, langkah ke depan je lah...macam masuk perut ikan... tolong selamatkan kami Ya Allah... ni la kaedahnya orang pertama kali terbang. Siap ambil foto mengadap the plane...the plane. Alhamdulillah selalu benar dapat duduk tepi tingkap... yuhuuu... hati sekejap kembang sekejap kecut... banyak lah berzikir... serah nasib dan segala2 kepada Allah Subhanahuwa Taala. Tetapi bila jejak kaki di bumi Malaysia .... bak kata dinda saya, Yang Syamudin "rasa macam nak patah balik ke sana..." Seruan Nabi Ibrahim a.s. sangat terkesan kepada seluruh manusia hingga hari kiamat...Subhanallah... Alhamdulillah...Laailahaillallah...Allahuakbar.