Monday, November 4, 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1435

ASSALAMUALAIKUM..

Selamat pagi yang ceria, semoga kita dilimpahi barokah dan rahmat dari Allah S.W.T. Lama sungguh saya tak bersiaran di sini lantaran kesibukan dengan aktiviti baking juga ada kalanya kita perlu meluangkan masa demi komitmen kepada keluarga dan rakan2...

Baru2 ini semasa balik  kampung Hari Raya Korban/Haji (dah lama dah..kan..)  happy sesangat sebab dapat kumpul adik beradik & anak2 buah yang tinggal di kampung..Sekinchan tu, dapat makan sup fresh daging lembu korban oleh keluarga saya, rendang ayam, masak merah, lemang, ketupat macam2 lagi .. sembang2 keluarga, melawat dan memeluk jiran lama yang tua & uzur... menghimbau kembali kenangan semasa sunti2 sekolah dulu tinggal berdekatan, anak jiran2 tetangga menjadi penghibur saya di masa lapang. KAmi memanjat pohon jambu batu, memetik dan makan terus tak payah cuci..hehee.. semua benda dulu2 bersih, jarang tercemar oleh habuk dan sebagainya.. menyanyi menyanya asah bakat lepas penat dan kering anak tekak baru turun cari air sejuk untuk di minum...

Eiii.. banyaknya nak story kat sini ada yang baca ke..hehee..

Hari kedua Raya tu pulang ke rumah di Seri Kembangan baru selesai solat Zuhur saya dapat sms dari sahabat baik/lama saya, Zah memberitahu bahwa suaminya yang dikesan cancer paru-paru stage 4 beberapa minggy lalu dah kritikal... Ya Allah Ya Allah.. menggeletar saya ajak suami terus ke Hospital Putrajaya, sebelum habis waktu lawatan - 7.00 pm. Aduhai...insafnya pabila berhadapan dengan situasi cemas bagi diri beliau yang masih agak muda...47 tahun (sekarang dah 70 lebih pun ramai yang masih sihat ..Subhanallah) kelemasan bertarung nyawa meskipun dibantu alat pernafasan namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Normal bagi yang sihat, bacaan ialah 100 tetapi beliau telah mengalami surutan yang keterlaluan iaitu 70... dan terus menyusut perlahan demi perlahan.

Semasa nak pulang, saya menepuk kaki beliau dengan beralas (lelaki bukan muhrim kan..) sambil memberi kata2 semangat .."Saiful, bersabar ya dengan ujian Allah Taala.. ingatlah bahawa Dia itu kasih kepada kita, walau macamana hebat dugaan ini .. adalah kerana Dia sayang pada kita... jangan lepas dari berzikir... SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH...LAAILAHAILLALLAH.. ALLAHUAKHBAR.." saya lihat dia mengangguk2 kepalanya... Lemah semangat saya sambil menahan airmata dlam perjalanan pulang ke rumah dan suami saya berkata sama seperti yang saya fikirkan... ".. w/pun macam dah tak de harapan tapi kita perlu terus berikhtiar dan berdoa... apa saja yang terbaik dari Allah"

Tepat jam 5.00 pagi saya terima sms dri sahabat baik saya itu memaklumkan bahawa suaminya telah pulang keRahmatullah jam 2.00 malam. Terkedu saya sambil mengucapkan Innalillahiwainna Ilaihiroojiun...

Sekadar kenangan, inilah kek simple saja sekadar membahagiakan yang tersayang sedang sakit,yang Zah tempah buat meraikan harilahir  pada 25hb. Ogos 2013 kalau tak silap saya, (rupanya yang terakhir) suaminya yang ketika itu di rawat di HKL, masih belum dikesan apa penyakit sebenar...  AlFatihah buat Saiful Azlan bin Rosilin. Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas roh beliau dan menempatkannya bersama roh orang2 beriman dan solih.



Okey lah, sempena hari pertama Tahun Baru Hijrah 1435 ini jom kita perbaiki diri dengan sentiasa bermuhasabah.. sentiasa membuka hati dan minda untuk teruskan kehidupan yang lebih baik dari segi akhlak, ekonomi, ilmu dan sebagainya. Tambahkan nilaidiri kita, berusaha menjadi yang terbaik sebagai Muslim.. sebagai khalifah Allah di mukabumi ini. Sama2 kita mencari jalan terbaik kerana kita dituntut mencari kelebihan dunia dan tidak melupakan dunia kekal kita di sana kelak..KALAU KITA MENCARI DUNIA, KITA AKAN MENDAPAT DUNIA SAHAJA... KALAU KITA MENCARI AKHIRAT, ALLAH AKAN MEMBERI KITA KELEBIHAN DUNIA DAN AKHIRAT....In sha Allah. Wassalam...