Wednesday, November 20, 2013

SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH.. LAILAHAILLALLAH.. ALLAHUAKHBAR.

Assalamualaikum.. Selamat pagi yang indah. Syukur Alhamdulillah, adik saya selamat menjalani pembedahan namun mengambil masa bberapa jam untuk menstabilkan tekanan darah.. ini mencemaskan kami yang menunggu berita dari Pusat Perubatan Universiti Malaya. Apatah lagi bagi bonda saya yang menemani suami dan dua puteraputerinya di sana, tentu jantung berdegup kencang sepanjang saat2 kritikal itu.

Sesudah di uji dengan kesakitan, ketakutan, kesusahan dan sebagainya kita akan diberi ni'mat kesyukuran dan lebihgandakan usaha mendekati Yang Maha Kuasa. Kepada dinda saya Saripah Hashim semoga semakin sihat dan sembuh, jaga pemakanan dan pandai2 lah menangani situasi agar tidak mengundang stress melampau. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. sayangilah diri anugerah ALLAH.

Bella Hyun-Ae anak yang sabar dan kuat disebalik kerendahan hati begitu tabah mengharungi situasi sukar, menemani mama siang dan malam di hospital dan mengambil berat keadaan semasa mama ketika papa dan adik bekerja... Begitu juga Mak yang turun dari pondoknya di Sungai Bakap PPinang, bersusah payah menghadirkan diri memberi semangat disaat yang lemah mencari2 kekuatan apa saja tempat untuk berpaut.
Ya Allah, tiada yang lebih membahagiakan selain daripada mmpunyai keluarga, sahabat2/rakan, jiran2 dan orang2 yang berurusan dengan kita yang baik lagi bertanggungjawab.

SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH.. LAILAHAILLALLAH.. ALLAHUAKHBAR.