Wednesday, November 20, 2013

BAHAYAKAH CANSER OVARI

Assalamualaikum..

Dah lama mata mengantuk tetapi diri ini masih enggan melabuhkan diri.. banyak persoalan membungkam di dalam dada. Kekadang saya menarik nafas dalam2, lepaskan perlahan2 beberapa kali untuk mencari ketenangan minda yang bersimpang siur memikirkan apakah khabar berita adik saya yang di bedah kira2 jam 2 petang tadi bagi menghilangkan asbab penyakit kanser ovari yang baru seminggu di kesan..

Sehingga jam 7 malam beberapa kali telah saya call emak yang turut menemani suami dan anak2 adik saya itu untuk tahu berita kesihatannya namun emak beritahu adik masih dalam bilik pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Ya Allah..Ya Allah.. lemah dan berdebar2 saya hingga ketika ini jam 11.45 malam masih belum tahu duduk perkara sebenar. Semua sunyi sepi, tiada call yang inform keadaan adik saya. Namun saya yakin bahawa bersabar itulah yang sebaik2 tindakan yang perlu dilakukan sekarang. Berserah bulat2 sepenuh hati kepada Allah taala yang Maha Kuasa, Maha Pengasih, Maha Bijaksana...

Sambil menunggu berita diesok hari saya ingin memohon ribuan maaf kepada customer2 baru saya yang menempah produk Durian Crepe. Ada yang menarik diri walhal saya dah beritahu situasi saya sekarang, berselang-seli membuat production sambil meluangkan masa dengan perkara2 yang perlu perhatian saya. ... bersambung ...entah sehingga bila.